Pergi ke kandungan

Tuanku Bujang Tuanku Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji
Tuanku Bujang Tuanku Othman
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-2
Dalam jawatan
2 April 1969 – 2 April 1977
Ketua MenteriTawi Sli
Abdul Rahman Ya'kub
Didahului olehAbang Openg
Digantikan olehAbang Muhammad Salahuddin
Maklumat peribadi
Lahir(1898-12-12)12 Disember 1898
Sibu, Kerajaan Sarawak
Mati28 November 1986(1986-11-28) (umur 87)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
PasanganToh Puan Hajah Rajemah
PertalianAbang Haji Openg (besan)
Abang Johari Abang Openg (menantu)

Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Tuanku Bujang bin Tuanku Othman (12 Disember 1898 – 28 November 1986) ialah negarawan di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua dari 2 April 1969 hingga 2 April 1977.

Kehidupan

[sunting | sunting sumber]

Tuanku Bujang dilahirkan di Sibu pada 1898 semasa pemerintahan Sir Charles Brooke. Beliau berketurunan Melayu Perabangan Rajang dan mempunyai susur galur dari keturunan Arab Hadrami, dan mempunyai hubungan persaudaraan dengan Syarif Masahor bin Muhammad Al-Shahab.[1]

Tuanku Bujang aktif dalam politik Sarawak selepas penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), diikuti Parti Negara Sarawak (PANAS) pada 9 April 9 1960 dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 18 April 1961. Pada 29 Disember 1961, Tuanku Bujang dan peguam Melanau Tun Abdul Rahman Yakub dan ahli majlis tempatan Sibu Tun Salahuddin membentuk parti politik keempat di Sarawak, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan dilantik sebagai presiden pertama.[2]

Tuanku Bujang menyambung peranan menubuhkan sebuah parti politik masyarakat Melayu apabila rakan lamanya Temenggong Jugah menggantikan Temenggong Koh sebagai ketua masyarakat Iban, dan membentuk Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pada 15 Ogos 1962.

Selepas pembentukan Malaysia, Tuanku Bujang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Pada 28 Mac 1968, BARJASA bergabung dengan PANAS bagi membentuk Parti Bumiputera. Tuanku Bujang dilantik sebagai naib presiden. Parti Bumiputera kemudiannya bergabungan dengan PESAKA bagi membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 30 April 1973.

Selepas kematian Tun Abang Openg pada 28 Mac 1969, Tuanku Bujang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Meninggal dunia

[sunting | sunting sumber]

Tuanku Bujang meninggal dunia pada 28 November 1986.[3]

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  •  Malaysia
    • Pingat Peringatan Malaysia (Perak) (P.P.M.) - 1965
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (1967)
    • Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun (1970)
  1. ^ "Tuanku Bujang — A Gentleman And An Officer | New Sarawak Tribune" (dalam bahasa Inggeris). 2023-01-13. Dicapai pada 2024-03-28.
  2. ^ Sarawak, Utusan (2022-06-16). "Konsep konsensus dalam Parti PBB". UTUSAN SARAWAK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-29.
  3. ^ "Kisah Penulis Biografi | Suara Sarawak". 2023-11-13. Dicapai pada 2024-03-29.
Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Negeri Sarawak
19691975
Penyandang Kemudian
Tun Abang Haji Openg Tun Abang Muhammad Salahuddin